Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Lembutkanlah hatiku

Lembutkanlah hatiku

sekeras2 hati manusia adalah lebih keras daripada batu..

jika batu..ia masih dapat melengkuk hanya dengan titisan air..

itulah hati yang unik



Ya Allah Tuhan yang menciptakan hati yang unik, pegangkanlah hati ini sebaiknya-baiknya..agar tidak berpaling dari rahmat dan agamaMu..Lembutkanlah hati kami untuk mendengar dan melaksana segala perintahMu..

Ameen...

Coretan Hidup Mempunyai Seni yang Berbeza

Coretan Hidup Mempunyai Seni yang Berbeza

Ramai kawan-kawan telah melangkah ke alam rumah tangga. Tahniah saya ucapkan pada kalian semua. Maaf dipinta sekiranya saya tidak dapat menghadiri majlis-majlis kalian semua. 
Melihat kawan-kawan yang mempunyai anak seorang atau dua orang ketika usia mereka sama dengan kita memang sesuatu yang sensitif bagi sesetengah orang. Tapi rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Semuanya telah di atur. Bagi saya itu ada coretan hidup mereka kahwin awal dan mempunyai anak pada usia yang muda. Bagaimana pula dengan kita yang masih bujang ini? InsaaAllah pasti akan tiba pada waktu yang sesuai dengan kemampuan kita. Jangan bersedih.

sumber google


Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang berkahwin lambat ini pasti akan mengisi masa lapangnya dengan sesuatu yang menarik dan mengikut minat tersendiri. Ada yang memilih untuk menggunakan wang yang ada untuk melancong melihat budaya orang lain dan mengutip pengalaman-pengalaman yang sukar diperolehi di negara sendiri. Ada juga yang memilih untuk membuka ruang diri berkecimpung dalam bidang keusahwanan. Selain itu, ramai juga yang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. 

Saya telah memilih untuk menyambung pengajian.

Belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya. Kerana otak kita akan sentiasa bekerja dan berfikir sesuatu yang baru. Ilmu Allah ini terlalu luas, semakin kita belajar semakin kita haus akan ilmu. 

Ada yang tertanya-tanya mengapa saya memilih untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana. 

Alasan pertama saya adalah untuk mengisi masa lapang sebagai orang bujang. Dengan adanya program yang diprogram untuk kita, kita kurang membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kena ingatkan diri bahawa masa lapang adalah musuh utama bagi pemuda-pemudi. Kerana dengan adanya masa lapang yang tak digunakan dengan baik, kita kan menghampiri maksiat. 

Alasan kedua adalah dengan menambahkan ilmu dan kelulusan, kita tidak gusar dengan kebarangkalian-kebarangkalian perubahan sistem dan keperluan kerjaya pada masa akan datang. Dalam bidang pendidikan terutamanya.Pada suatu masa dahulu kementerian menekankan semua guru sekurang-kurangnya perlu mempunyai ijazah sarjana muda pada tempoh yang ditargetkan. Kini pada Tahun 2017, kita dapati sudah ramai guru sekolah rendah mempunyai kelulusan ijazah dan ramai juga yang mempunyai sarjana. Mempertingkan ilmu dan kelulusan diri menjadi satu keperluan dalam era memperoleh pekerjaan yang agak mencabar kini. 

Tidak mustahil suatu hari nanti guru-guru dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan sarjana untuk mengajar di sekolah. Pada ketika itu, kita mungkin sudah separuh jalan dalam alam pekerjaan dengan cabaran membesarkan anak dan menguruskan keluarga menjadi satu cabaran baru buat kita. Demi masa datang, persediaan yang lebih awal akan mengurangkan masalah pada masa akan datang. 

Ada yang menyatakan buat apa menyambung belajar sedangkan gaji daan pangkat tiada perubahan. Inilah yaang sentiasa meniti dibibir guru-guru. Bukan kerana wang yang dikejar, peningkatan ilmu itu  yang lebih penting. Namun tipulah kalau kita tidak memikirkan wang, dengan negara yang sedang sesak masalah ekonominya. Tidak mustahil suatu hari nanti perubahan-perubahan dasar dan pekeliling berlaku dan membolehkan guru yang mempunyai sarjana memperoleh peningkatan gaji. Sekadar angan-angan mat jenin. 

Cuma peringatan bagi mereka yang baru bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan terutamanya ( kelulusan IPG atau pendidikan) pastikan;

1. Masih mempunyai minat untuk belajar, mendengar kuliah, membuat kerja kursus dll.

2. Meminati bidang dan kursus yang dipilih, Sebolehnya pilih kursus yang mempunyai kaitan yang paling rapat dengan bidang kita belajar ketika waktu degree.

3. Meminta kebenaran daripada pihak JPN untuk menyambung belajar. Sekiranya belum sah jawatan pastikan anda grad selepas sah jawatan (pandai-pandai susun jadua kalau tak sia-sia).

4. Perancangan kewangan bagi mereka yang tidak memperoleh biasiswa dari mana-mana pihak.

5. Memilih jadual kuliah yang bersesuaian dengan jadual kerja sekiranya belajar sambil kerja. Sekiranya cuti belajar tanpa rekod, jangan sia-siakan masa yang ada untuk habis pada masanya atau kata mudah GOT (grad on time).

6. Sebolehnya pilih universiti yang mudahkan urusan kita datang ke kuliah dan paling hampir dengan tempat kerja. Sekiranya tiada pilihan, itu adalah satu cabaran. Teruskan usaha.

Kita yang mencorakkan hidup kita.
Kita yang memilih jalan hidup kita.
Jangan membandingkan diri kita dengan mereka yang lain.
Rezeki masing-masing tidak sama. 

Single

Lama sudah tak menconteng sini
.
Ok saje nak cakap saat aku conteng sini aku masih single huhu..harap2  orang dah tak follow blog ni..

Terbaca ada orang post sal jodoh..katenya solat tahjud doa banyak2 kalu nak jumpe jodoh

Aku pun terfikir adakah sebab tu aku tak jumpe2 jodoh lagi ye..sebab Allah dah reservekn yang terbaik untukku tapi aku yang langho kurang amal ibadah sebab tu masih terhijab..tapi hakikatnya memang belum bersedia even umur dah lanjut kot..

Tu je nak cakap sebab ramai dah kawan2 dah kawen

Aku belum kawen tapi aku ad aim aku x capai itu akan capai bende lain

Bengang

Bengang

Harini hati menangis lagi..sekali dengn hidung menangis...

Ermm

Memang patut pemimpin belajar untuk menjadi pemimpin..nak jadi pemimpin bukan semudah ABC..walaupun sekadar memimpin sekolah rendah yang kecil..

Tak perlu kot nak memuji orang lain depan kita dan dalam masa sama merendah maruah kita.. 

Dah kalu bagi kerje kat aku je..tak.mampu nak buat memang la bunyi..kalu mampu takdenya nak bising...semua benda nak bagi kat kita buruknya semua kite..orang yang duk tenang je tak de kije dan kije biase..n ikut je kepala boleh la dipuji2..

Aku berkerja ikut pemimpin..kalu apa yg disuruh bende yang tak rasional dan kesan jangka panjang tak fikir memang ak bangkang..bangkang bukan sekadar bangkang..aku siap bagitau cadangan dan rasional sekali..sebab tu perlu meeting.

Nak jadi pentadbir sekadar nama baik tak payah..buat kerja sambil lewa..bende tak setel kita tolong tanya tuk setelkan kita lak yang dicop selalu tak leh bagi kerjasama..tak nak lah ak nak ungkit kerja2 ak menggunung dan pencapaian ak selama ni..kalu ckp pun korang tak nampak..yg nampakny aku membangkang je kerje..orang bangkang fikir long term effect la bro..korang tak nak fikir..aku tlong fikir



Korang kene terima kasih ada orang macam aku jom..kritik dan bagi idea..tak dak orang macam sampai sudah tuk level tu je..sampai bile..sampai lingkup result budak2

Sorry la sebab ni je tempat boleh lepas puas hati...

Rase nak beli tempat penumbuk tinju je nak lepas perasaan...

Dengan pengalaman sebelum ni ak ada..jangan harap aku mengalah..lagi korang cabar aku n push aku..jatuhkan aku..lagi tu la aku akan buktikan aku lebih baik dari itu..sebab aku tahu bile orang tegur means ada kelemahan..cari kelemahan dan baiki kelemahan aku akan jadi orang yang lebih baik..

Sakit hati..pedih hati letak tepi..just prove it..i can do it..

Silap orang la....heheh

Prove It

Prove It

Alhamdulillah bulan ini Tuhan berikan berita kesedihan dan kegembiraan.

Berkenaan dengan tajuk kali ini, saya ingin berkongsi keputusan peperiksaan saya yang membuatkan saya berfikir dan membuat refleksi sendiri.

Pada  7 Februari lepas keputusan peperiksaan saya bagi sem 3 telah keluar. Keputusan yang diperoleh membuatkan saya begitu gembira dan mengimbau kembali kenangan ketika belajar pada zaman degree dahulu.

Ketika itu pada awalnya saya sentiasa memperolehi keputusan yang tinggi dan pada suatu tahap saya abaikan prestasi pengajian saya. Saya bukanlah antara pelajar yang disukai oleh pensyarah.Selalu sahaja perasaan negatif muncul ketika itu. Dalam hati saya berkata, pensyarah pilih orang-orang cantik sahaja dan yang pandai sahaja. Hanya pelajar-pelajar tertentu sahaja yang pensyarah jabatan mengambil berat dan suka.

 Pernah suatu ketika dalam pertandingan INOVASI peringkat Institut, saya memperoleh anugerah Emas pada tempat Kedua namun sekeping gambar kumpulan kami pun tidak ditampal dijabatan. Sedangkan kemenangan yang diperoleh sekaligus melayakkan jabatan merangkul duit RM 1000 kerana paling banyak peserta jabatan kami peroleh skor yang tinggi. Gambar rakan-rakan kami yang memperolehi tempat ketiga dan saguhati terpapar untuk dipamerkan. Perkara-perkara kecil sebegini pun telah menyebabkan hati dah tak keruan dan rasa tersisih. Sebelum itu lagi, saya pernah menjadi pelajar yang tercorot dalam praktikum sewaktu orang lain memperoleh cemerlang. Sedangkan kesilapan berlaku tidak terlalu besar. Ayat yang menyebabkan saya ingat sampai sekarang pensyarah itu menyatakan Praktikum Semester 1 awak tak sepatutnya mendapat A kerana masih baru mula berpraktikum. Tapi saya mempertikai kenapa kawan-kawan saya layak sedangkan saya tidak, adakah disebabkan penampilan dan fizikal.

Pengalaman tersebut memberi makna dan membuatkan saya bersedia dengan cabaran akan datang. Kini pada tahun 2017 perkara yang sama berlaku. Ketika semua staf di sekolah saya memperoleh markah prestasi yang cemerlang, saya antara golongan yang tercicir daripada markah cemerlang dek kerana kata majikan saya kesilapan sistem. walaupun kesilapan sistem sekalipun perasaan rendah diri tetap berlaku,. Sedangkan saya merasakan tahun 2016 saya paling banyak ditaklifkan dengan pelbagai jawatan. Mungkin saya tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik kerana terlalu banyak. Alasan kesilapan sistem membuatkan saya redha dan keputusan itu juga tidak boleh diubah,

Benarlah orang kata pengalaman mengajar erti kehidupan. Pelangi juga akan muncul setelah awan mendung dan hujan,

Sehari selepas keputusan prestasi keluar, keputusan sem 3 keluar dan membuatkan saya begitu gembira. Tuhan membalasnya dengan memperoleh keputusan yang paling cemerlang pernah diperolehi.


Lihat pada subjek yang sama, cuma tahun yang berbeza 2011 dan 2016, isi kandungannya sedikit berbeza dan lebih mencabar dan saya buktikan saya mampu melakukannya. Alhamdulillah disebalik kesedihan markah prestasi yang mempunyai jurang yang tinggi dengan rakan sekerja yang lain ( kononnya kesilapan sistem) Tuhan hadiahkan sesuatu yang sangat berharga untuk disimpan sebagai satu kenangan. Subjek ini merupakan subjek paling digeruni bagi yang mengambilnya, Ketika saya memperoleh keputusan sebegini ada rakan kumpulan saya perlu mengulang subjek kerana universiti kami B- telah dikira gagal. Moga beliau dapat keputusan yang baik pada sem akan datang. 

Sebagai pendidik, kita tidak boleh memilih pelajar kita seperti memilih kain di pasar. Berilah kesamarataan dalam kasih sayang dan bimbingan, Rezeki Allah tidak pernah salah alamat. 


Nafas Baru

Alhamdulillah..akhirnya aku ingat password  email blog SUARA HATI ini. Sungguh hampir setahun meninggal blog usang ini kerana lupa kata laluan. Tahun ini menunjukkan tahun ke-9 kewujudan blog yang penuh kenangan.


Inshaa Allah aku akan luangkan masa untuk mencoret sedikit sebanyak pengalaman buat kenangan akan  datang.



Blog ini kebanyakannya bersifat peribadi, tiada paksaan untuk menerima atau tidak segala isi kandungan dan pendapat yang dikemukakan. 

rindu :(

Disaat sedang memikirkan cadangan tajuk kajian yang ingin dijalankan, terlintas difikiranku kisah-kisah lalu. Hampir 2 tahun aku meninggalkan tempat tarbiyyahku.

 Sungguh pantas waku berlalu.Kenangan dan pengalaman lalu membawa aku pada satu tahap pemikiran reflektif secara meonolog dalaman (ntah pape nk ckp).

Aku rindukan diriku yang lalu :(......
rindu sahabat-sahabat yang menegur pedas tapi manis pada pengakhirannya.

Manusia ini lemah dan sememangnya pelupa yang perlu sering diingati.

Ketika orang lain terus melangkah jauh dengan penuh matlamat dan cita-cita, ku dapat rasakan diri ini masih tidak berganjak. 

Apa yang dilakukan pasti Allah tunjukkan balasan terhadap perasaan yang lemah ini. Sungguh Allah Maa Penyayang. Andai hilang perasaan itu pasti itulah petanda aku makin jauh dariNya


ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia

Broker Kripto

Tempo Doeloe

Olahan Makanan

Ulasan Film

Keimanan dan Keyakinan

Top Bisnis Online

Tips dan Trik